Arkib bagi Jun 21, 2008

Susah Jadi Newbie..Part 1

Sebenarnya saya rasa sakit hati sangat sebab dah macam2 buku panduan (e-book) yang saya beli..konon2 nya boleh jana pendapatan kalau ikut panduan diorang. tapi semuanya tak menjadi.Lama2 saya rasa macam putus asa pulak.Tapi fikir2 balik, manalah nak datang duit..Baru jer sebulan saya menyertai benda2 ni..Nampaknya kena kerja keras lagi..Banyak jugak peluang nak buat duit online ni..Tapi yang penting,kenalah PANDAI PILIH. Kalau x, senang2 jer kena tipu..Apa yang boleh saya simpulkan, ada beberapa cara popular untuk buat duit online.

FIRSTLY, JOIN FOREX..Tapi untuk newbie, memang tak sesuai langsung.Perlukan modal dan ilmu yang tinggi kalau nak untung. Lagipun, saper nak join kalau xdapat untung kan?? Dah banyak saya cari info tentang forex, tapi susah jugak nak faham kalau xtau satu aper pun..Nanti2 la saya belajar ni..

SECONDLY, JOIN GOOGLE ADSENSE..ni pun xberapa sesuai gak untuk newbie..saya tahu lah sebab saya pun tengah cuba nak dapatkan cek dari google..tapi memang susah jugak.Walaupun bendanya free sahaja, tapi susah nak guna untuk generate duit.Dah seminggu dapat USD0.55 jer..Sedih betul saya..pastu nak kena buat blog sendiri..nak manage blog yang susah ni..maklumlah saya ni baru lagi..

Esok pulak saya sambung tulis,,Sakit tengkuk dah ni..Stay tuned okey..

Kantoi Besar

Sekolah menengah Mazlan telah memperkenalkan satu peraturan baru. Ibubapa diwajibkan menghubungi sekolah sekiranya anak2 mereka tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Suatu hari, Mazlan berpakat dgn kawan2 nya untuk ponteng sekolah dan pergi menonton wyg. Sebaik sahaja ibubapanya keluar ke tempt kerja, Mazlan menelefon pejabat sekolahnya di Ampang

Mazlan: Helo encik, saya nak bagitau yg anak saya, Mazlan pelajar Tingktan 1D xdapat datang ke sekolah hari ini. Dia demam panas

Kerani: Oh, macam tu. Kesiannya. Saya akan maklumkan pada guru kelas Mazlan. Tapi sebelum tu, siapa bercakap disana?

Mazlan: Bapak saya

Mazlan,Mazlan..nampak sangat kantoi nya..sure kena rotan cikgu bila pergi sekolah nanti,haha..

TV Kaler Ada?

Suatu hari, Tok Batin pergi ke kedai elektrik untuk membeli televisyen.

Tok Batin: Tauke, ada tv kaler x?
Tauke: Ada

Dengan innocent dan confident nya Tok Batin berkata,
Saya nak beli satu..yang warna hijau

Ludah Jangan Tak Ludah

Maaf, ini bukan untuk anda ! Untuk pengetahuan anda, salah satu cara sapaan dalam masyarakat Masai di Afrika ialah dengan meludah antara satu sama lain. Pelik betul kan cara sapaan diorg? Korang jangan pulak buat kat Malaysia ni..Tak pasal-pasal kena pelempang free nanti.Tapi lepas ni, kalau korg ada berhayat nak pergi melawat Afrika, janganlah terkejut kalau ada orang ludah korg..

Tradisi Yang Membunuh

Seorang gadis Jerman bernama Amy Weltz berkahwin di Brisbane pada September 1993 tanpa mengetahui tentang tradisi masyarakat Australia menghempuk kek perkahwinan ke muka pasangan masing-masing. Apabila suaminya, Chas melenyekkan kek ke mukanya semasa majlis resepsi, Amy terus berang lalu menghentak suaminya dengan sebiji botol. Chas mati di situ juga akibat cedera parah. Apa komen korang? Kesian kat husband dia kan? Yang paling kesian sekali, tak sempat nak raikan malam pertama dia,heheheh..