Arkib bagi Jun 22, 2008

Dah Pandai Sikit

Alhamdulillah,,akhirnya setelah 2,3 hari saya ‘menjelajah’ sekitar wordpress ini..Saya dah mula faham kenapa pakar blogger sarankan guna wordpress berbanding yang lain. Saya dah cuba guna blogger dan cjb.net..Dan kalau xsilap, saya ada akaun angelfire jugak..Tapi saya xberapa nak guna yang lain itu sebab agak susah. Blogger agak senang tapi maybe sebab dah ramai sangat guna blogger..So, macam tak best pulak saya rasa.Blog untuk blogger saya buat tajuk BROADBAND FOR MALAYSIAN. Tapi saya ini tak berapa tahu sangat pasal broadband. So, memang susah betul nak update blog saya ini. Saya rasa macam teruk sangat blog tu. Kalau korang semua nak tengok blog tu, klik kat SINI. Apa pendapat korang? Buruk kan? Malunya..Semua ini xkan mematahkan semangat saya untuk jadi blogger berjaya ! Ewah, berangan betul minah sorang ini..

Susah Jadi Newbie..Part 2

Sambung baliklah apa yang saya cerita semalam yer..Cara2 buat duit online untuk newbie..Yang part 1 saya dah cerita tentang forex dan google adsense.

THIRDLY, JOIN AFFILIATE. Saya rasa yang ini mungkin mudah untuk newbie..tapi nak kata mudah sangat pun tak jugak..yang seronoknya jadi affiliate ini, kita tak perlu keluarkan sebarang modal langsung. tapi nak tarik pelanggan itu memang susah sikit. Saya dah cuba benda ni, tapi tak berjaya jugak.Teruk betul saya ini yer..Orang lain boleh berjaya buat ini..Saya yang xberjaya lagi.Apa pasal saya ini? Geram dengan diri sendiri pun ada..Tapi takpe..newbie lagi..Banyak lagi benda kena belajar..BERUSAHA ! CAIYOK ! BAHSYA !

FORTH, JOIN PROGRAM YANG KENA CARI DOWNLINE, JADI RESELLER, MINTA DERMA DAN APA LAGI NAMA YANG DIGUNAKAN.Saya pun tak tau istilah apa yang sesuai untuk program2 ini. Program ini saya rasa dah terlalu berlambak sangat kat Malaysia ini. Saya rasa bak termuntah jugak tengok lambakan program macam ini. Mula2 tu, rasa excited jugak nak join ni..konon2 nya boleh dapat sampai puluhan ribu dengan modal RM10,20 and banyak lagilah. Akhirnya saya pun give up. Dah xlarat rasanya.Duit saya dah habis sampai RM300++ tapi xda hasil lagi..Erm,habislah saya kena marah dengan ayah saya..huhu..

Apa lagi program jana pendapatan dalam internet yang ada yerk? kalau siapa2 ada info nak tambah,silalah yer..SAYA BUDAK BARU BELAJAR..KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN !

Taman Asuhan Untuk Suami

Untuk pengetahuan anda, sebuah bar di Hamburg telah dijadikan taman asuhan untuk para suami. Dengan membayar E$11.80 (saya tak tahulah kalau dalam RM berapa) , wanita2 di banadaraya itu boleh meninggalkan suami mereka di Noxbar bagi membolehkan mereka membeli belah dengan aman tanpa perlu mendengar keluhan si suami. Dengan itu, isteri boleh membeli belah dengan aman manakala si suami pula dapat bersantai sambil minum2 dan berehat dengan rakan2 yang senasib.

Setiap lelaki yg dihantar akan diberikn lencana dan makanan, 2 gelas bir serta menonton tv. 2 orang jururawat terlatih ditugaskan menjaga lelaki2 berkenaan. Berdasarkan sambutan hangat yang diberikan, taman asuhan ini akan dikembangkan lagi operasinya ke kota2 lain diseluruh dunia bagi menangani tekanan membeli belah yang dihadapi oleh lelaki dan wanita.

Pada minggu pertama pembukaannya pada Okt 2003, taman ini yang dinamakan sebagai ‘Maennergarten’ telah mendapat sambutan hangat apabila 27 wanita meninggalkan pasangan masing2 di Noxbar pada hari sabtu. Lelaki2 tersebut diambil semula pada pukul 6 petang untuk membawa brg2 yang dibeli oleh pasangan mereka.

Komeku: Macam2 hal boleh berlaku kat dunia ni kan? Memang pelik..Tapi dalam hal ni, siapa yang beruntung sebenarnya? Para suami, para isteri, pemilik bar? Bak kata Nabil Raja Lawak, Lu Pikirlah Sendiri ! Jangan Mare ya..

Beza Orang Yang Bodoh Dan Pandai

ORANG YANG SEMPURNA AKALNYA, IALAH ORANG YANG SELALU MEMERIKSA DIRINYA DAN BERAMAL UNTUK BEKAL SESUDAH MATI.

SEDANGKAN ORANG YANG BODOH IALAH ORANG YANG SELALU MENURUTKAN HAWA NAFSUNYA DAN MENGHARAPKAN AMPUNAN ALLAH TANPA AMAL

Komenku: Rasa insaf pulak dengan kata-kata ini. Memang sesuai untuk orang yang dah menyimpang jauh..Insaflah kawan2 semua

Oh Sahabatku !

CARILAH SERIBU SAHABAT, KERANA SERIBU SAHAJA SAHABAT ITU BELUMLAH BANYAK

JAUHILAH SEORANG MUSUH , KERANA SEORANG MUSUH ITU SUDAH TERLALU BANYAK

Komenku: Tak payahlah susahkan diri cari musuh..Buat sakit hati diri sendiri jer..Kalau banyak kawan bestlah, susah-susah boleh mintak tolong..Tapi jangan ambik kesempatan pulak kat kawan-kawan yer..