Arkib bagi Jun 25, 2008

Program Reseller Tertua

Saya sebenarnya dah lama sertai program ini..Program reseller yang paling popular dan paling lama bertahan kat malaysia ni..kalau xsilap saya la kan..Biasalah, kalau dah nama program reseller, mesti dia akan bagi kita e-book free punya..Bagus jugak..Tapi bagi newbie yang baru nak berjinak2 untuk buat income online ni, saya xberapa nak galakkan la..agak susah jugak nak jadi reseller ni..lebih2 lagi kalau program yang memerlukan modal tinggi..program ini memerlukan rm50 jer..Memang xbanyak tapi..nak dapat pulangan balik memang memerlukan usaha dan tahap kerajinan yang tinggi.. tapi e-book2nya memang bagus..kalau nak tengok2 macam mana sistem reseller ni berfungsi dan dapat menjana income..klik kat SINI

Petua Guna Escalator

Escalator Can Be Dangerous

Memandangkan adik saya dah menjadi mangsa escalator, jadi saya rasa terpanggil pulak nak bagi petua bagi memastikan kanak2 xmendapat kecederaan ketika menggunakan escalator seperti adik saya. Benda ni mungkin nampak remeh pada kita, tapi bila dah terkena pada batang hidung sendiri, barulah kita sedar..(Sebenarnya kata2 ini ditujukan untuk diri sendiri,huhu..). Jadi,patuhilah petua2 dibawah untuk menjamin keselamatan anak anda ketika menggunakan escalator..

1. Berhati2 dengan pakaian yang anda atau anak anda pakai. Pastikan kain atau seluar yang dipakai xterlalu meleret sampaikan escalator tu boleh ‘makan’ kain anda

2. Sentiasa pegang tangan anak anda ketika menggunakan escalator dan jauhkan mereka dari bermain berdekatanan dengan escalator

3. Jangan bawa anak anda dalam troli atau sebagainya ketika menggunakan escalator. Gunakan lif yang disediakan

4. Belajar bagaimana menghentikan escalator sekiranya anda perlu menghentikannya. Perihatin dengan kedudukan tutup/buka escalator

Mangsa Escalator

Mangsa Escalator
Inilah adik comel den yang telah menjadi mangsa escalator..Sian gila..Maaf yer usof..

Adeh, hari ni ada peristiwa yang menyedihkan berlaku.Adik saya yang paling bongsu jatuh kat escalator. Baru umur 1 tahun lebih. Budak tu dahlah xtau apa.Kesian gila kat dia. Habis koyak tangan dia. Berlumuran darah baju dia. Nasib baik la saya nampak dia dari jauh nak menuju ke escalator tu.Kalau x, mesti habis tangan dia. Siku dia pun hampir koyak tadi. Mula2 tu dia ada ngan abang dia yang umur 8 tahun tu..Tapi abang dia tu leka main mesin apa ntah. Maklumlah, budak darjah dua.Dahlah buas semacam.Dia xperasan adik dia pergi kat escalator tu. Escalator tu pula turun ke bawah. Memang kena makan la tangan dia dengan escalator tu. Sedih gila tengok dia yang asyik menangis jer dari petang tadi. Nasib baik masa sebelum maghrib tadi ayah den bawa dia pergi jogging. Happy la sikit dia.Tapi rasa bersalah juga tengok adik yang jadi mangsa kelalaian kitorang.Bercucuran juga air mata den ngan mak den tengok baby tu menangis dengan tangan yang koyak dan baju berlumuran darah yang xhenti2..Abang dia yang 8 tahun tu pun rasa bersalah. Asyik tunduk jer dalam perjalanan balik. Nasib baik xkena bantai yang ayah den yang garang tu..Harap xberulang lagi hal ni. Ingat yer orang2 dewasa, perhatikan adik2 atau anak2 anda yang masih kecil. Jangan bagi diorang berjalan seorang diri lebih2 lagi bila dekat dengan tempat yang berbahaya..

Petua Wajah

miss world huhu, cun betul miss world ni..Yang paling den geram..awatlah dia kawin ngan junior bachan yang berjambang tu..adeh….

MENGHILANGKAN PARUT

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Sebenarnya, kalau korang malas macam saya ni, korang beli jer serbuk kayu manis yang dah siap,hehe..Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata pada bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama kelamaan, parut akan beransur hilang. Juga sesuai untuk menghilangkan bintik2 hitam pada wajah. Tapi korang kena tahanlah sikit. Memang pedih gila bila korang letak kat muka..korang mungkin juga memerlukan kipas untuk kipas muka korang supaya panas dan pedihnya tu boleh cepat hilang..insyaallah, boleh hilang parut tu..

MERAWAT KULIT BERKEDUT

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu oleskan kepada kulit sekali sehari. Ala2 macam masker muka la..Amalkan sehingga berkesan