Arkib bagi Jun 26, 2008

Itulah Akibatnya..

Makanan Organik

Jerome Irving Rodale dianggap sebagai pengasas kepada gerakan mempopular makanan berasaskan organic di seluruh Negara. Bagi mengembangkan lagi gerakan itu, Jerome menerbitkan majalah Organic Farming and Gardening. Pada 1971, Jerome dijemput untuk menjadi tetamu program Dick Cavett Show, yang disiarkan oleh saluran TV ABC.

Semasa membincangkan tentang manfaat makanan organic, Jerome dengan yakinnya berkata, “Saya akan hidup sehingga berusia 100 tahun, kecuali dilanggar oleh pemandu teksi yang terlebih gula dalam badannya”

Dipertengahan temubual, Jerome tiba2 dilihat terkulai di atas kerusinya. Dia meninggal dunia disitu juga akibat serangan jantung ! Rancangan temubual itu tidak disiarkan untuk tontonan umum

Komenku: Apa agaknya yang akan berlaku kalau temubual ni disiarkan? Ermm, Mesti rugi besar syarikat ni..Satu pengajaran dari cerita diatas..JANGAN SESEKALI CAKAP BESAR ! Ajal dan maut semua ditangan ALLAH..Kita ni manusia biasa jer..Yang lemah lagi kerdil disisi-Nya..

Kuasa Senyuman Dan Kejian

Comelnya kucing ni senyum

PELABURAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN IALAH SEBUAH SENYUMAN YANG ANDA BERIKAN. PERNIAGAAN YANG PALING MERUGIKAN IALAH SECEBIS KEJIAN YANG ANDA CETUSKAN.

HAMPIR SEMUA KERJA BERAT MENJADI RINGAN APABILA DILAKSANAKAN DALAM SUASANA YANG BAHAGIA DAN JUGA CERIA.

Komenku : Tepat sekali kata2 di atas ni..So, selalu2 la senyum..Senyum tu satu sedekah..Tapi biarlah kena pada tempatnya. Kalo x, xpasal2 ada orang ingat awak tu gila..Senyum sorang2 plak..Tengok ni..Kucing pun pandai senyum tau..So, SMILE ALWAYS !

Ikan Keli Goreng Berlada

Saya sebenarnya xpandai sangat memasak ni..Adik saya yang no.2 tu suka masak..Dia bercita2 nak masuk UiTM untuk ambik course kulinari..Tapi nampaknya rezeki dia lebih pada kejuruteraan elektrik..Janji dia minat..Doakan jer la kejayaan dia..Ini ada resepi sikit..Ikan Keli goreng berlada..Kalau xmakan keli, bolehlah tukar ikan lain..Ada member saya tu,elergik makan ikan keli lepas tengok cerita ‘LONG KHONG’. Kesian dia..Sedap aper ikan keli ni..Ermm, rasa lapor lak..

Errmm,sedapnya !

BAHAN-BAHAN
1 sudu teh belacan
10 gm cili padi
1 ulas bawang besar
2.5 sm halia
1.5 sm lengkuas
3 batang serai
2 ulas bawang putih
(Kisar semua bahan diatas)

2 ekor ikan keli
½ sudu teh serbuk kunyit
Bahan perasa dan gula secukupnya

CARA-CARA NYA
1. Lumurkan ikan keli yang telah dibersIhkan bersama garam dan kunyit kemudian digoreng garing
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan sedikit perasa dan sedikit gula
3. Masukkan ikan keli yang telah digoreng dan gaul sebati. Siap untuk dimakan..YUMMY !