Saya sebenarnya xpandai sangat memasak ni..Adik saya yang no.2 tu suka masak..Dia bercita2 nak masuk UiTM untuk ambik course kulinari..Tapi nampaknya rezeki dia lebih pada kejuruteraan elektrik..Janji dia minat..Doakan jer la kejayaan dia..Ini ada resepi sikit..Ikan Keli goreng berlada..Kalau xmakan keli, bolehlah tukar ikan lain..Ada member saya tu,elergik makan ikan keli lepas tengok cerita ‘LONG KHONG’. Kesian dia..Sedap aper ikan keli ni..Ermm, rasa lapor lak..
BAHAN-BAHAN
1 sudu teh belacan
10 gm cili padi
1 ulas bawang besar
2.5 sm halia
1.5 sm lengkuas
3 batang serai
2 ulas bawang putih
(Kisar semua bahan diatas)
2 ekor ikan keli
½ sudu teh serbuk kunyit
Bahan perasa dan gula secukupnya
CARA-CARA NYA
1. Lumurkan ikan keli yang telah dibersIhkan bersama garam dan kunyit kemudian digoreng garing
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan sedikit perasa dan sedikit gula
3. Masukkan ikan keli yang telah digoreng dan gaul sebati. Siap untuk dimakan..YUMMY !


abuahmad6087 Kata:
on Julai 13, 2009 at 3:36 pm
assalamualikum
saya penternak ikan keli kalau nak order ikan keli wat kenduri saya leh suply call aje n ckp brp kilo..takat ni saya leh tuai sebyk 5 tan.. leh call saya di 016 62 333 41 atau lawati blog saya. wassalam