Arkib bagi Julai, 2008

Tunjukkan Dimana Tuhan !

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya. Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengankeras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama…kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Cara Memilih Sahabat

ASIGNMENT HOTEL

ASIGNMENT HOTEL

1) JANGAN PILIH YANG BAKHIL

Sahabat yang bakhil adalah dari mereka yang kedekut. Kedekut untuk berbelanja, tidak mahu bertolak ansur. Sering memikirkan kesusahannya sahaja, tidak pernah memikirkan kesusahan anda. Dia lebih banyak meminta-minta daripada memberi. Jika anda bercerita tentang kesulitan anda,dia akan dulu mengatakan bahawa dia mempunyai kesulitan yang lebih besar dari anda. Satu sen duitnya seperti roda kereta lembu. Jika berbelanja, dia lebih riang jika anda yang mengeluarkan perbelanjaan untuk dirinya. Tidak guna anda teruskan persahabatan dengan orang yang sebegini, hanya akan merugikan duit anda sahaja.

2) JANGAN PILIH YANG BODOH

Bersahabat dengan orang yang bodoh akan membuat anda tidak bersemangat. Dia akan hanya menurut sahaja apa yang anda fikirkan. Tidak memberi pendapat yang boleh mendorong kehidupan anda untuklebih maju. Ceritanya hanya di sekitar dirinya sahaja. Tidak pernah bercerita tentang sesuatu yang baru yang boleh membuka minda anda. Dia seorang yang pak turut yang mengikuti sahaja cadangan anda dan tidak memikirkan baik dan buruknya.

3) JANGAN PILIH YANG PENIPU

Sahabat jenis ini selalu sahaja membawa cerita bohong kepada anda. Jika anda lalai saja, dia akan kenakan anda dengan kebijaksaannya. Jika berjanji, nampak bersungguh-sungguh tapi tidak menepatinya. Dia membuat pelbagai janji yang berbagai-bagai tetapi tidak satu pun yang ditepatinya.

4) JANGAN PILIH YANG PENAKUT

Sahabat yang penakut adalah yang tidak pernah memikirkan masa depannya, dia juga berkira untuk meningkatkan prestasi kerjayanya. Dia masih berada ditakuk lama walaupun masa telah begitu jauh meninggalkannya. Anda harus sedar orang yang penakut tidak perlu dijadikan Sahabat jika anda tidak mampu menjadikan dia berani.

5) JANGAN PILIH YANG PENGKHIANAT

Sahabat seperti ini bermuka manis dan bermulut manis tetapi hatinya tidak ikhlas terhadap kita. Sahabat jenis ini akan menikam anda dari belakang. Maksudnya, walaupun dia begitu baik terhadap anda tetapi ada sahaja muslihatnya untuk menjatuhkan anda.

Bantuan Promosi

Untuk membuat promosi aktiviti aktiviti online, kebanyakkan orang akan gunakan yahoo group sebagai platform..ini sebab ianya sangat mudah untuk digunakan..hanya perlu join yahoo group tersebut dan hantarkan post..sesiapa sahaja yang mendaftar di group tersebut akan mendapat iklan anda dan membacanya..ini akan menjadi potensi pada anda untuk meningkatkan pendapatan..oleh itu, saya nak offer kengkawan semua..saya ada menyimpan senarai 500 yahoo group..jika anda berminat untuk dapatkannya, sila hubungi saya di alamat email budakcutesangat@yahoo.com..saya hanya kenakan bayaran sebanyak RM2 sahaja..anda akan dapat dalam 3 bentuk format dan anda boleh gunakan mana satu yang anda rasa mudah bagi anda..semoga berjaya dalam perniagaan online anda..

Ketagih Sarung Kaki Wanita

Di Belleville, seorang lelaki yang pernah dipenjara tiga kali, mungkin disumbat ke tempat sana kerana ketagih mencuri sarung kaki wanita. James Dowdy,36, ditahan bersama sarung kaki yang dicuri dari rumah seseorang di Belleville pada isnin lalu. Sikap Dowdy itu berpunca daripada ketakutannya sepanjang setahun tinggal bersama bapanya. Kata ibunya, Dowdy berasa selamat jika memegang sarung kakinya..

Komenku: Kesian juga kat mamat ni..aper la yang ayah dia buat kat dia sampai dia jadi macam ni..

Sotong Goreng Sumbat Bercili

SOTONG GORENG SUMBAT BERCILI

SOTONG GORENG SUMBAT BERCILI

Ermm,lama xhantar resepi kat sini..Hari ni saja nak tulis skit..Maklumlah,sekarang ni duk rumah sewa.dapur pun xder..rindu lak nak masak walaupun saya ni xpandai masak sangat sebenarnya..hehe..

6 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
2sm belacan
(Kisar semua bahan diatas)

6 ekor sotong
60 gram isi ayam – dicincang halus
2 ulas bawang besar – untuk dihiris
20 gm minyak masak
Bahan perasa secukupnya

CARA2 NYA
1. Bersihkan sotong dan sumbat dengan isi ayam yang telah dicincang. Kemudian, digoreng sampai masak
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau
3. Gaulkan sotong bersama bawang besar. Sedia untuk dihidang

« Catatan yang lalu