Posts Tagged ‘cantik’

Pengorbanan Itu Perlu

ukiran dari marmar

ukiran dari marmar


Di lobi sebuah muzium yg berlantaikan marmar cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Patung itu juga diperbuat daripada marmar. Para pengunjung yang datang dari seluruh negara memuji-muji kecantikan patung itu. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut

Lantai : patung..ini memang tak adil. Mereka datang untuk memijak-mijak badan aku dan memuji-muji diri kamu? Tak adil !

Patung: sahabatku, masihkah kau ingat bahawa kita berasal dari gunung yang sama?

Lantai: ya, aku ingat ! sebab itu aku berasa tidak adil. Kita lahir di gunung yang sama tetapi kita mendapat layanan yang berbeza !

Patung: kalau begitu, masihkah kau ingat saat seorg pengukir datang untuk mengukir dirimu, tapi kamu menolaknya kerana kamu tidak mahu disakiti oleh peralatan2 yang digunakannya?

Lantai: ya, aku ingat lagi. Tapi aku tak suka lelaki itu. Dia menikam, mengetuk, dan memecahkan badan aku ! Ia sungguh menyakitkan !

Patung: Betul, itulah sebabnya dia tak dapat mengukir diri kamu..

Lantai: Jadi?

Patung: Apabila mengukir itu kecewa dengan kamu, dia mula mengukir aku. Aku tahu aku akan jadi sesuatu yang berbeza apabila kerjanya selesai nanti. Jadi aku relakan diriku dilakukan apa sahaja olehnya, sekalipun seluruh badanku berasa amat sakit sekali. Sahabatku, kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh kerana kamu berhenti separuh jalan, kamu janganlah menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya diatas tubuh kamu itu.

Koemnku: Ermm,secara ringkasnya..mahukan selalu..kenalah korbankan sesuatu..Betul x?

Petua Wajah

miss world huhu, cun betul miss world ni..Yang paling den geram..awatlah dia kawin ngan junior bachan yang berjambang tu..adeh….

MENGHILANGKAN PARUT

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Sebenarnya, kalau korang malas macam saya ni, korang beli jer serbuk kayu manis yang dah siap,hehe..Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata pada bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama kelamaan, parut akan beransur hilang. Juga sesuai untuk menghilangkan bintik2 hitam pada wajah. Tapi korang kena tahanlah sikit. Memang pedih gila bila korang letak kat muka..korang mungkin juga memerlukan kipas untuk kipas muka korang supaya panas dan pedihnya tu boleh cepat hilang..insyaallah, boleh hilang parut tu..

MERAWAT KULIT BERKEDUT

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu oleskan kepada kulit sekali sehari. Ala2 macam masker muka la..Amalkan sehingga berkesan