Posts Tagged ‘internet’
{ Julai 5, 2008 @ 7:58 pm }
·
{ Duit Online }
{ Tags: akaun, ATM, bank, baru, cimb, duit, internet, maybank, newbie, orang, TAC }
·
{ }
Maaflah dah berapa hari xdapat post sesuatu yang baru dalam blog ni..Hari ni seperti yang dijanjikan, saya nak cerita sikit pengalaman selama lebih sebulan saya cuba cari duit secara online ni..tapi panduan ni hanya untuk budak2 hingusan macam saya jer tau..Expertise xpayahla baca yer..Malu saya nanti..
LANGKAH 1:
Kalau korang memang serius nak menjana pendapatan secara online, saya sarankan anda semua buka akaun bank dulu..Bunyi macam agak bodohkan? Saya tahu semua orang ada akaun bank..tapi berapa orang yang tahu menggunakan services online banking diorang? Saya cadangkan anda buka akaun maybank atau cimb sebab ramai yang menggunakan services bank ni..xkiralah samada anda yang menjadi si penerima atau si pemberi wang tersebut..Tapi yang rumitnya, anda perlu depositkan RM250 untuk permulaan membuka akaun..Tapi, duit tu boleh keluarkan serta-merta selepas akaun anda sudah diaktifkan..Pastikan anda aktifkan juga online banking services anda dengan serta merta..Caranya, korang hanya perlu ke ATM bank tersebut dan pilih menu lain-lain..Akan terpampang menu online banking atau sewaktu dengannya..dan aktifkan..Anda perlu masukkan paswod..Jangan lupa anda juga perlu memasukkan no. hp anda kerana sebarang urusan secara online, anda akan diberikan TAC..TAC tu ala2 pasword kalau nak meneruskan urusniaga secara online dan ianya akan dihantar ke hp anda pada masa urusniaga tersebut hendak dijadikan sahaja..ini bagi menggelakkan akaun anda dicerobohi..Mudah saja kan? Kalau anda tak tahu, mintalah bantuan pada kakitangan yang bertugas..Oklaa..saya dah ngantuk..xboleh nak berfikir lagi..Nanti saya sambung lagi ok..
{ Jun 28, 2008 @ 11:23 pm }
·
{ Duit Online, Sukahati }
{ Tags: belajar, benar, blog, duit, internet, newbie, online, pengalaman, program }
·
{ }
Bila saya tengok blog yang saya dah buat dalam seminggu lebih ni, saya rasa ramai yang berminat dengan topik buat duit online..Sebenarnya topik ni pun dulu memang favourite saya..Tapi sejak kebelakangan ni, saya hentikan sebentar aktiviti2 nak cari duit online..Kadang2 saya jadi keliru mana satu yang betul, mana satu yang palsu..Untuk orang2 baru atau ‘newbie’ macam saya ni mesti berhadapan dengan masalah ni..Tak tahu mana satu program yang betul2 dapat menjana income secara online..So, nak tahu betul ke tak kenalah sertainya dulu..Masalahnya bila nak masuk program tu, rasa macam tertipu pulak..Tu adalah salah satu risiko buat duit online ni..Kadang2 kita beli panduan buat tu..buat ni..untuk dapat duit..Last2 satu aper xjadi..Itu lagi satu masalah..Aduh, pening kepala ! Jangan bimbanglah..Untuk newbie, benda ni memang akan selalu berlaku..Bak kata pepatah, belajar dari kesilapan..So, untuk newbie (termasuklah diri saya sendiri)..Jangan putus asa ok ! Berusaha ! Mungkin 2,3 hari nanti saya akan cerita sikit pengalaman saya sebagai newbie..
{ Jun 21, 2008 @ 7:52 pm }
·
{ Duit Online }
{ Tags: adsense, blog, duit, forex, Free, google, internet, newbie, online, sedih, wordpress }
·
{ }
Sebenarnya saya rasa sakit hati sangat sebab dah macam2 buku panduan (e-book) yang saya beli..konon2 nya boleh jana pendapatan kalau ikut panduan diorang. tapi semuanya tak menjadi.Lama2 saya rasa macam putus asa pulak.Tapi fikir2 balik, manalah nak datang duit..Baru jer sebulan saya menyertai benda2 ni..Nampaknya kena kerja keras lagi..Banyak jugak peluang nak buat duit online ni..Tapi yang penting,kenalah PANDAI PILIH. Kalau x, senang2 jer kena tipu..Apa yang boleh saya simpulkan, ada beberapa cara popular untuk buat duit online.
FIRSTLY, JOIN FOREX..Tapi untuk newbie, memang tak sesuai langsung.Perlukan modal dan ilmu yang tinggi kalau nak untung. Lagipun, saper nak join kalau xdapat untung kan?? Dah banyak saya cari info tentang forex, tapi susah jugak nak faham kalau xtau satu aper pun..Nanti2 la saya belajar ni..
SECONDLY, JOIN GOOGLE ADSENSE..ni pun xberapa sesuai gak untuk newbie..saya tahu lah sebab saya pun tengah cuba nak dapatkan cek dari google..tapi memang susah jugak.Walaupun bendanya free sahaja, tapi susah nak guna untuk generate duit.Dah seminggu dapat USD0.55 jer..Sedih betul saya..pastu nak kena buat blog sendiri..nak manage blog yang susah ni..maklumlah saya ni baru lagi..
Esok pulak saya sambung tulis,,Sakit tengkuk dah ni..Stay tuned okey..
{ Jun 19, 2008 @ 8:04 pm }
·
{ Duit Online }
{ Tags: blog, duit, internet, online }
·
{ }
Sebenarnya saya ni belajar cara-cara nak blogging ni sebab nak cari duit tambahan. biler dah sebulan trlibat dalam program-program cari duit ni, nampak macam xder hasil jer..Lama2 rasa cam syok pulak blogging ni sebab kiter boleh tulis aper sahaja yang kiter suka..Kalau guna blogger kna jaga gak aper yang kiter tulis..mesti kena ader sangkut paut ngan tajuk blog kiter..Banyak sangat program buat duit kat internet ni smpai saya pun pening mana satu yang betul..nak pilih mana yang nak sertai..akhirnya, pening jadinya..sian saya
{ Jun 19, 2008 @ 7:37 pm }
·
{ Duit Online, Sukahati }
{ Tags: adsense, blog, duit, google, internet, newbie, wordpress }
·
{ }
Rasanya dah hampir sebulan saya asyik bukak internet dan cari info macammana nak wat blog sendiri dengan percuma dan mudah..Akhirnya, ada some senior yang bagi cadangan untuk guna wordpress ni.. tapi sebagai newbie dalam benda2 ni..rasanya agak ssh utk guna wordpress ni..saya masih xberapa faham mcmana nak menggunakan sume fungsi yang dia sediakan. Anyway, nampaknya saya kena banyak belajar lagi ni.. bak kata pepatah, kalau salah tolong la tunjukkan nyer..Lagi satu, nak tanya skit kat pakar2 blogger, boleh letak iklan google adsense dalam blog wordpress ni tak? Kalau boleh, mintak tolong ajar skit..Ataupun,ada cara lain tak nak wat duit guna blog wordpress ni?