Posts Tagged ‘Lawak’

Ish..Ish..Tak Senonoh Betul !

Kuat Tenaga Batin

Di Taipei, Taiwan, pernah terjadi seorang calon pilihanrayanya menghadiahkan pil Viagra untuk memenangi undi. Harap2 strategi itu tidak digunakan dalam pilihanraya di Negara kita..Ish, xsenonoh betul strategi ni..Tertanya2 jugak..Berkesan ke strategi ni?

Masyarakat Narikot di Nepal mempunyai tradisi yang pelik, iaitu isteri dikehendaki membasuh kaki suami, kemudian menghirup sedikit daripada air basuhan kaki tersebut sebagai bukti ketaatan mereka.Errmm, xda cara lain ke? Apapun, kita kena respek tradisi diorang..

Pada Jan 1978, 2 orang lelaki di Thonburi, Thailand berbalah tentang suatu persoalan. Yang mana lebih dulu, ayam atau telur. Prtengkaran terjadi dan seterusnya mereka brtumbuk. Pergaduhan hanya berakhir setelah lelaki yang mengatakan ayam wujud dulu melanyak sahabatnya itu hingga mati ! Ish..benda kecik pun sampai nak berbunuhan..Dunia sekarang memang pelik..Kadang2 tu sebab yang diberikan setelah melakukan jenayah memang xmasuk akal langsung !

Orang Gila Punyer Cerita

Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak pesakitnya sedang menulis surat

Jururawat: Tulis surat untuk saper tu pakcik?

Pesakit:aku tulis surat untuk diri aku sendiri

Jururawat: Oh, aper yang pakcik tulis?

Pesakit: mana aku tau? Esok posman hantar, barulah aku boleh baca

Komenku: Macam2 kerenah orang gila ni yer..Layan jer la..Dah nama pun orang gila..Komen korang?

Abu Nawas..Abu Nawas..

Pagi itu, Abu Nawas datang ke rumah seorang mualim Abu Nawas bertanya

Abu Nawas:Wahai mualim, kalau aku menanggalkan kesemua pakaian aku dan turun ke sungai untuk mandi, aku harus menghadap ke arah kiblat atau ke mana?

Mualim: hendaklah kau menghadap pakaianmu agar tidak dicuri org

Komenku: Kurang Asam betul cerita ni..Ingatkan kisah teladan masa zaman nabi2. Terkena aku !

Kantoi Besar

Sekolah menengah Mazlan telah memperkenalkan satu peraturan baru. Ibubapa diwajibkan menghubungi sekolah sekiranya anak2 mereka tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Suatu hari, Mazlan berpakat dgn kawan2 nya untuk ponteng sekolah dan pergi menonton wyg. Sebaik sahaja ibubapanya keluar ke tempt kerja, Mazlan menelefon pejabat sekolahnya di Ampang

Mazlan: Helo encik, saya nak bagitau yg anak saya, Mazlan pelajar Tingktan 1D xdapat datang ke sekolah hari ini. Dia demam panas

Kerani: Oh, macam tu. Kesiannya. Saya akan maklumkan pada guru kelas Mazlan. Tapi sebelum tu, siapa bercakap disana?

Mazlan: Bapak saya

Mazlan,Mazlan..nampak sangat kantoi nya..sure kena rotan cikgu bila pergi sekolah nanti,haha..

TV Kaler Ada?

Suatu hari, Tok Batin pergi ke kedai elektrik untuk membeli televisyen.

Tok Batin: Tauke, ada tv kaler x?
Tauke: Ada

Dengan innocent dan confident nya Tok Batin berkata,
Saya nak beli satu..yang warna hijau