Posts Tagged ‘lucu’

Ketagih Sarung Kaki Wanita

Di Belleville, seorang lelaki yang pernah dipenjara tiga kali, mungkin disumbat ke tempat sana kerana ketagih mencuri sarung kaki wanita. James Dowdy,36, ditahan bersama sarung kaki yang dicuri dari rumah seseorang di Belleville pada isnin lalu. Sikap Dowdy itu berpunca daripada ketakutannya sepanjang setahun tinggal bersama bapanya. Kata ibunya, Dowdy berasa selamat jika memegang sarung kakinya..

Komenku: Kesian juga kat mamat ni..aper la yang ayah dia buat kat dia sampai dia jadi macam ni..

Ish..Ish..Tak Senonoh Betul !

Kuat Tenaga Batin

Di Taipei, Taiwan, pernah terjadi seorang calon pilihanrayanya menghadiahkan pil Viagra untuk memenangi undi. Harap2 strategi itu tidak digunakan dalam pilihanraya di Negara kita..Ish, xsenonoh betul strategi ni..Tertanya2 jugak..Berkesan ke strategi ni?

Masyarakat Narikot di Nepal mempunyai tradisi yang pelik, iaitu isteri dikehendaki membasuh kaki suami, kemudian menghirup sedikit daripada air basuhan kaki tersebut sebagai bukti ketaatan mereka.Errmm, xda cara lain ke? Apapun, kita kena respek tradisi diorang..

Pada Jan 1978, 2 orang lelaki di Thonburi, Thailand berbalah tentang suatu persoalan. Yang mana lebih dulu, ayam atau telur. Prtengkaran terjadi dan seterusnya mereka brtumbuk. Pergaduhan hanya berakhir setelah lelaki yang mengatakan ayam wujud dulu melanyak sahabatnya itu hingga mati ! Ish..benda kecik pun sampai nak berbunuhan..Dunia sekarang memang pelik..Kadang2 tu sebab yang diberikan setelah melakukan jenayah memang xmasuk akal langsung !

Orang Gila Punyer Cerita

Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak pesakitnya sedang menulis surat

Jururawat: Tulis surat untuk saper tu pakcik?

Pesakit:aku tulis surat untuk diri aku sendiri

Jururawat: Oh, aper yang pakcik tulis?

Pesakit: mana aku tau? Esok posman hantar, barulah aku boleh baca

Komenku: Macam2 kerenah orang gila ni yer..Layan jer la..Dah nama pun orang gila..Komen korang?

Abu Nawas..Abu Nawas..

Pagi itu, Abu Nawas datang ke rumah seorang mualim Abu Nawas bertanya

Abu Nawas:Wahai mualim, kalau aku menanggalkan kesemua pakaian aku dan turun ke sungai untuk mandi, aku harus menghadap ke arah kiblat atau ke mana?

Mualim: hendaklah kau menghadap pakaianmu agar tidak dicuri org

Komenku: Kurang Asam betul cerita ni..Ingatkan kisah teladan masa zaman nabi2. Terkena aku !

Taman Asuhan Untuk Suami

Untuk pengetahuan anda, sebuah bar di Hamburg telah dijadikan taman asuhan untuk para suami. Dengan membayar E$11.80 (saya tak tahulah kalau dalam RM berapa) , wanita2 di banadaraya itu boleh meninggalkan suami mereka di Noxbar bagi membolehkan mereka membeli belah dengan aman tanpa perlu mendengar keluhan si suami. Dengan itu, isteri boleh membeli belah dengan aman manakala si suami pula dapat bersantai sambil minum2 dan berehat dengan rakan2 yang senasib.

Setiap lelaki yg dihantar akan diberikn lencana dan makanan, 2 gelas bir serta menonton tv. 2 orang jururawat terlatih ditugaskan menjaga lelaki2 berkenaan. Berdasarkan sambutan hangat yang diberikan, taman asuhan ini akan dikembangkan lagi operasinya ke kota2 lain diseluruh dunia bagi menangani tekanan membeli belah yang dihadapi oleh lelaki dan wanita.

Pada minggu pertama pembukaannya pada Okt 2003, taman ini yang dinamakan sebagai ‘Maennergarten’ telah mendapat sambutan hangat apabila 27 wanita meninggalkan pasangan masing2 di Noxbar pada hari sabtu. Lelaki2 tersebut diambil semula pada pukul 6 petang untuk membawa brg2 yang dibeli oleh pasangan mereka.

Komeku: Macam2 hal boleh berlaku kat dunia ni kan? Memang pelik..Tapi dalam hal ni, siapa yang beruntung sebenarnya? Para suami, para isteri, pemilik bar? Bak kata Nabil Raja Lawak, Lu Pikirlah Sendiri ! Jangan Mare ya..

« Catatan yang lalu