Posts Tagged ‘newbie’
{ Julai 5, 2008 @ 7:58 pm }
·
{ Duit Online }
{ Tags: akaun, ATM, bank, baru, cimb, duit, internet, maybank, newbie, orang, TAC }
·
{ }
Maaflah dah berapa hari xdapat post sesuatu yang baru dalam blog ni..Hari ni seperti yang dijanjikan, saya nak cerita sikit pengalaman selama lebih sebulan saya cuba cari duit secara online ni..tapi panduan ni hanya untuk budak2 hingusan macam saya jer tau..Expertise xpayahla baca yer..Malu saya nanti..
LANGKAH 1:
Kalau korang memang serius nak menjana pendapatan secara online, saya sarankan anda semua buka akaun bank dulu..Bunyi macam agak bodohkan? Saya tahu semua orang ada akaun bank..tapi berapa orang yang tahu menggunakan services online banking diorang? Saya cadangkan anda buka akaun maybank atau cimb sebab ramai yang menggunakan services bank ni..xkiralah samada anda yang menjadi si penerima atau si pemberi wang tersebut..Tapi yang rumitnya, anda perlu depositkan RM250 untuk permulaan membuka akaun..Tapi, duit tu boleh keluarkan serta-merta selepas akaun anda sudah diaktifkan..Pastikan anda aktifkan juga online banking services anda dengan serta merta..Caranya, korang hanya perlu ke ATM bank tersebut dan pilih menu lain-lain..Akan terpampang menu online banking atau sewaktu dengannya..dan aktifkan..Anda perlu masukkan paswod..Jangan lupa anda juga perlu memasukkan no. hp anda kerana sebarang urusan secara online, anda akan diberikan TAC..TAC tu ala2 pasword kalau nak meneruskan urusniaga secara online dan ianya akan dihantar ke hp anda pada masa urusniaga tersebut hendak dijadikan sahaja..ini bagi menggelakkan akaun anda dicerobohi..Mudah saja kan? Kalau anda tak tahu, mintalah bantuan pada kakitangan yang bertugas..Oklaa..saya dah ngantuk..xboleh nak berfikir lagi..Nanti saya sambung lagi ok..
{ Jun 28, 2008 @ 11:23 pm }
·
{ Duit Online, Sukahati }
{ Tags: belajar, benar, blog, duit, internet, newbie, online, pengalaman, program }
·
{ }
Bila saya tengok blog yang saya dah buat dalam seminggu lebih ni, saya rasa ramai yang berminat dengan topik buat duit online..Sebenarnya topik ni pun dulu memang favourite saya..Tapi sejak kebelakangan ni, saya hentikan sebentar aktiviti2 nak cari duit online..Kadang2 saya jadi keliru mana satu yang betul, mana satu yang palsu..Untuk orang2 baru atau ‘newbie’ macam saya ni mesti berhadapan dengan masalah ni..Tak tahu mana satu program yang betul2 dapat menjana income secara online..So, nak tahu betul ke tak kenalah sertainya dulu..Masalahnya bila nak masuk program tu, rasa macam tertipu pulak..Tu adalah salah satu risiko buat duit online ni..Kadang2 kita beli panduan buat tu..buat ni..untuk dapat duit..Last2 satu aper xjadi..Itu lagi satu masalah..Aduh, pening kepala ! Jangan bimbanglah..Untuk newbie, benda ni memang akan selalu berlaku..Bak kata pepatah, belajar dari kesilapan..So, untuk newbie (termasuklah diri saya sendiri)..Jangan putus asa ok ! Berusaha ! Mungkin 2,3 hari nanti saya akan cerita sikit pengalaman saya sebagai newbie..
{ Jun 25, 2008 @ 7:48 pm }
·
{ Duit Online }
{ Tags: e-book, income, newbie, online, pendapatan, reseller }
·
{ }
Saya sebenarnya dah lama sertai program ini..Program reseller yang paling popular dan paling lama bertahan kat malaysia ni..kalau xsilap saya la kan..Biasalah, kalau dah nama program reseller, mesti dia akan bagi kita e-book free punya..Bagus jugak..Tapi bagi newbie yang baru nak berjinak2 untuk buat income online ni, saya xberapa nak galakkan la..agak susah jugak nak jadi reseller ni..lebih2 lagi kalau program yang memerlukan modal tinggi..program ini memerlukan rm50 jer..Memang xbanyak tapi..nak dapat pulangan balik memang memerlukan usaha dan tahap kerajinan yang tinggi.. tapi e-book2nya memang bagus..kalau nak tengok2 macam mana sistem reseller ni berfungsi dan dapat menjana income..klik kat SINI
{ Jun 22, 2008 @ 9:51 pm }
·
{ Sukahati }
{ Tags: blog, newbie, sedih, wordpress }
·
{ }
Alhamdulillah,,akhirnya setelah 2,3 hari saya ‘menjelajah’ sekitar wordpress ini..Saya dah mula faham kenapa pakar blogger sarankan guna wordpress berbanding yang lain. Saya dah cuba guna blogger dan cjb.net..Dan kalau xsilap, saya ada akaun angelfire jugak..Tapi saya xberapa nak guna yang lain itu sebab agak susah. Blogger agak senang tapi maybe sebab dah ramai sangat guna blogger..So, macam tak best pulak saya rasa.Blog untuk blogger saya buat tajuk BROADBAND FOR MALAYSIAN. Tapi saya ini tak berapa tahu sangat pasal broadband. So, memang susah betul nak update blog saya ini. Saya rasa macam teruk sangat blog tu. Kalau korang semua nak tengok blog tu, klik kat SINI. Apa pendapat korang? Buruk kan? Malunya..Semua ini xkan mematahkan semangat saya untuk jadi blogger berjaya ! Ewah, berangan betul minah sorang ini..
« Catatan yang lalu