Posts Tagged ‘pelik’

Ketagih Sarung Kaki Wanita

Di Belleville, seorang lelaki yang pernah dipenjara tiga kali, mungkin disumbat ke tempat sana kerana ketagih mencuri sarung kaki wanita. James Dowdy,36, ditahan bersama sarung kaki yang dicuri dari rumah seseorang di Belleville pada isnin lalu. Sikap Dowdy itu berpunca daripada ketakutannya sepanjang setahun tinggal bersama bapanya. Kata ibunya, Dowdy berasa selamat jika memegang sarung kakinya..

Komenku: Kesian juga kat mamat ni..aper la yang ayah dia buat kat dia sampai dia jadi macam ni..

Ish..Ish..Tak Senonoh Betul !

Kuat Tenaga Batin

Di Taipei, Taiwan, pernah terjadi seorang calon pilihanrayanya menghadiahkan pil Viagra untuk memenangi undi. Harap2 strategi itu tidak digunakan dalam pilihanraya di Negara kita..Ish, xsenonoh betul strategi ni..Tertanya2 jugak..Berkesan ke strategi ni?

Masyarakat Narikot di Nepal mempunyai tradisi yang pelik, iaitu isteri dikehendaki membasuh kaki suami, kemudian menghirup sedikit daripada air basuhan kaki tersebut sebagai bukti ketaatan mereka.Errmm, xda cara lain ke? Apapun, kita kena respek tradisi diorang..

Pada Jan 1978, 2 orang lelaki di Thonburi, Thailand berbalah tentang suatu persoalan. Yang mana lebih dulu, ayam atau telur. Prtengkaran terjadi dan seterusnya mereka brtumbuk. Pergaduhan hanya berakhir setelah lelaki yang mengatakan ayam wujud dulu melanyak sahabatnya itu hingga mati ! Ish..benda kecik pun sampai nak berbunuhan..Dunia sekarang memang pelik..Kadang2 tu sebab yang diberikan setelah melakukan jenayah memang xmasuk akal langsung !

Fakta Menarik Tentang Haiwan 1

Semut akan bersenam menegangkan badannya apabila bangun pada waktu pagi..Musykil betul..xsangka semut pun pandai yer..

Beberapa spesis cacing ribbon akan memakan diri mereka sendiri apabila gagal mendapat sebarang makanan..Rasa2 nya diorang boleh hidup lagi ke kalau dah makan diri sendiri? Cuba bayangkan kalau manusia makan diri sendiri? TAK DAPAT BAYANGKAN!

Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulutnya, keluasaan bukaannya cukup membolehkan seorg budak setinggi 1.25 meter berdiri didalamnya..Padanlah pun..Tengok mulut dia yang terkatup tu pun dah cukup besar

Yang ini memang pelik betul..Selain mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata ! Macam mana diorang buat erk? Kuasa ALLAH..

Arnab betina boleh mengawal populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh..Ish..Ish..Ish..kalau manusia boleh buat macam ni, mesti xda kes buang anak merata2..Betul x?

Taman Asuhan Untuk Suami

Untuk pengetahuan anda, sebuah bar di Hamburg telah dijadikan taman asuhan untuk para suami. Dengan membayar E$11.80 (saya tak tahulah kalau dalam RM berapa) , wanita2 di banadaraya itu boleh meninggalkan suami mereka di Noxbar bagi membolehkan mereka membeli belah dengan aman tanpa perlu mendengar keluhan si suami. Dengan itu, isteri boleh membeli belah dengan aman manakala si suami pula dapat bersantai sambil minum2 dan berehat dengan rakan2 yang senasib.

Setiap lelaki yg dihantar akan diberikn lencana dan makanan, 2 gelas bir serta menonton tv. 2 orang jururawat terlatih ditugaskan menjaga lelaki2 berkenaan. Berdasarkan sambutan hangat yang diberikan, taman asuhan ini akan dikembangkan lagi operasinya ke kota2 lain diseluruh dunia bagi menangani tekanan membeli belah yang dihadapi oleh lelaki dan wanita.

Pada minggu pertama pembukaannya pada Okt 2003, taman ini yang dinamakan sebagai ‘Maennergarten’ telah mendapat sambutan hangat apabila 27 wanita meninggalkan pasangan masing2 di Noxbar pada hari sabtu. Lelaki2 tersebut diambil semula pada pukul 6 petang untuk membawa brg2 yang dibeli oleh pasangan mereka.

Komeku: Macam2 hal boleh berlaku kat dunia ni kan? Memang pelik..Tapi dalam hal ni, siapa yang beruntung sebenarnya? Para suami, para isteri, pemilik bar? Bak kata Nabil Raja Lawak, Lu Pikirlah Sendiri ! Jangan Mare ya..

Ludah Jangan Tak Ludah

Maaf, ini bukan untuk anda ! Untuk pengetahuan anda, salah satu cara sapaan dalam masyarakat Masai di Afrika ialah dengan meludah antara satu sama lain. Pelik betul kan cara sapaan diorg? Korang jangan pulak buat kat Malaysia ni..Tak pasal-pasal kena pelempang free nanti.Tapi lepas ni, kalau korg ada berhayat nak pergi melawat Afrika, janganlah terkejut kalau ada orang ludah korg..

« Catatan yang lalu