Posts Tagged ‘Petua’
{ Julai 3, 2008 @ 6:35 pm }
·
{ Petua }
{ Tags: benar, cagu, Petua, resdung }
·
{ }
Disini ada beberapa petua yang saya dapat dari beberapa sumber..Kalau sesiapa ada petua yang bagus dan berkesan, bolehlah hantarkan kepada saya..
MENGHILANGKAN CAGU
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yang mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yang termasuk dalam daging tersebut, lakukan 2x sehari dengan titikan air limau pada cagu. Insyaallah cagu akan sembuh
PENAWAR RESDUNG
Mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk). Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang2 kali sehingga selesai kedua2nya. Selepas itu, basuh muka hingga bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu2 destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Insyaallah berkesan
{ Jun 25, 2008 @ 6:59 pm }
·
{ Petua }
{ Tags: anak, benar, escalator, Fakta, kanak, lif, mangsa, pakaian, Petua, troli }
·
{ }

Memandangkan adik saya dah menjadi mangsa escalator, jadi saya rasa terpanggil pulak nak bagi petua bagi memastikan kanak2 xmendapat kecederaan ketika menggunakan escalator seperti adik saya. Benda ni mungkin nampak remeh pada kita, tapi bila dah terkena pada batang hidung sendiri, barulah kita sedar..(Sebenarnya kata2 ini ditujukan untuk diri sendiri,huhu..). Jadi,patuhilah petua2 dibawah untuk menjamin keselamatan anak anda ketika menggunakan escalator..
1. Berhati2 dengan pakaian yang anda atau anak anda pakai. Pastikan kain atau seluar yang dipakai xterlalu meleret sampaikan escalator tu boleh ‘makan’ kain anda
2. Sentiasa pegang tangan anak anda ketika menggunakan escalator dan jauhkan mereka dari bermain berdekatanan dengan escalator
3. Jangan bawa anak anda dalam troli atau sebagainya ketika menggunakan escalator. Gunakan lif yang disediakan
4. Belajar bagaimana menghentikan escalator sekiranya anda perlu menghentikannya. Perihatin dengan kedudukan tutup/buka escalator
{ Jun 25, 2008 @ 6:07 pm }
·
{ Petua }
{ Tags: benar, cantik, jerawat, parut, Petua, wajah }
·
{ }
huhu, cun betul miss world ni..Yang paling den geram..awatlah dia kawin ngan junior bachan yang berjambang tu..adeh….
MENGHILANGKAN PARUT
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Sebenarnya, kalau korang malas macam saya ni, korang beli jer serbuk kayu manis yang dah siap,hehe..Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata pada bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama kelamaan, parut akan beransur hilang. Juga sesuai untuk menghilangkan bintik2 hitam pada wajah. Tapi korang kena tahanlah sikit. Memang pedih gila bila korang letak kat muka..korang mungkin juga memerlukan kipas untuk kipas muka korang supaya panas dan pedihnya tu boleh cepat hilang..insyaallah, boleh hilang parut tu..
MERAWAT KULIT BERKEDUT
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu oleskan kepada kulit sekali sehari. Ala2 macam masker muka la..Amalkan sehingga berkesan