Pengorbanan Itu Perlu

ukiran dari marmar

ukiran dari marmar


Di lobi sebuah muzium yg berlantaikan marmar cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Patung itu juga diperbuat daripada marmar. Para pengunjung yang datang dari seluruh negara memuji-muji kecantikan patung itu. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut

Lantai : patung..ini memang tak adil. Mereka datang untuk memijak-mijak badan aku dan memuji-muji diri kamu? Tak adil !

Patung: sahabatku, masihkah kau ingat bahawa kita berasal dari gunung yang sama?

Lantai: ya, aku ingat ! sebab itu aku berasa tidak adil. Kita lahir di gunung yang sama tetapi kita mendapat layanan yang berbeza !

Patung: kalau begitu, masihkah kau ingat saat seorg pengukir datang untuk mengukir dirimu, tapi kamu menolaknya kerana kamu tidak mahu disakiti oleh peralatan2 yang digunakannya?

Lantai: ya, aku ingat lagi. Tapi aku tak suka lelaki itu. Dia menikam, mengetuk, dan memecahkan badan aku ! Ia sungguh menyakitkan !

Patung: Betul, itulah sebabnya dia tak dapat mengukir diri kamu..

Lantai: Jadi?

Patung: Apabila mengukir itu kecewa dengan kamu, dia mula mengukir aku. Aku tahu aku akan jadi sesuatu yang berbeza apabila kerjanya selesai nanti. Jadi aku relakan diriku dilakukan apa sahaja olehnya, sekalipun seluruh badanku berasa amat sakit sekali. Sahabatku, kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh kerana kamu berhenti separuh jalan, kamu janganlah menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya diatas tubuh kamu itu.

Koemnku: Ermm,secara ringkasnya..mahukan selalu..kenalah korbankan sesuatu..Betul x?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: